AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN –
PERATURAN PENDIDIKAN
(PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU)
1998[Subperaturan 7(2] PERLEMBAGAAN
(PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG )
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PELONG 47000
SELANGOR, DARUL EHSAN.
Nama dan Alamat
1. Persatuan ini
adalah dikenal dengan nama :Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan
Sungai Pelong
2. Alamat yang
didaftarkan bagi Persatuan ini ialah :
Sekolah
Kebangsaan Sungai Pelong 47000 Sungai Buloh Selangor
Tujuan- Tujuan Persatuan
3.
Tujuan-tujuan Persatuan ialah untuk :-
(i) mengadakan
sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid di dalam
Sekolah SKSP dan
meningkatkan imej SKSP
(ii) membantu dan
menambah usaha SKSP dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid
dalam kegiatan mereka;
(iii) membolehkan
ibu bapa dan guru dalam SKSP bertukar- tukar fikiran dan maklumat mengenai
pendidikan;
(iv) memberi
peluang kepada ibu bapa dan guru dalam SKSP berunding antara satu sama lain
berkenaan dengan cara memperbaiki
taraf pendidikan anak-anak mereka amnya; dan
(v) membolehkan ibu
bapa dalam SKSP untuk berusaha menambah kewangan SKSP dan meningkatkan
kemudahan fizikal bagi tujuan
meningkatkan kemudahan pengajaran dan
pembelajaran.
Fungsi Persatuan
4. Fungsi
Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai
tujuan-tujuan Persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti:-
(i) membantu
dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;
(ii) menambah sumber
kewangan SKSP bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di SKSP;
(iii) meningkatkan
kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara SKSP dengan
masyarakat setempat; dan
(iv) meningkatkan
keceriaan premis SKSP supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi
menjayakan aktiviti dan program
pendidikan.
Keanggotaan Persatuan
5. Anggota
Persatuan terdiri daripada :
(i) semua guru
di SKSP
(ii) ibu bapa kepada
murid yang belajar dalam SKSP; dan
(iii) warganegara
Malaysia yang diluluskan permohonan untuk menjadi anggota Persatuan oleh
Pegawai Pendidikan Daerah atau
Pegawai Pendidikan Bahagian atau Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan
(seperti di Lampiran A).
6. Pengetua
SKSP hendaklah menjadi anggota ex-officio dan Penasihat Persatuan.
Jawatankuasa Persatuan
7. Persatuan hendaklah diuruskan oleh suatu
jawatankuasa yang dikenali sebagai “Jawatankuasa PIBG”. Jawatankuasa PIBG
hendaklah dilantik oleh anggota Persatuan satu tahun sekali dalam Mesyuarat
Agung Tahunan.
8. Anggota
Jawatankuasa PIBG hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja.
9. Keanggotaan
Jawatankuasa PIBG adalah seperti berikut :-
a) seorang Yang
Di-Pertua;
b) seorang Naib
Yang Di-Pertua;
c) seorang
Setiausaha;
d) seorang
Bendahari; dan
e) 10 orang
Ahli.
10. Bilangan ibu
bapa dan guru yang menganggotai Jawatankuasa PIBG hendaklah seimbang.
11. Pengetua tidak
boleh menganggotai Jawatankuasa PIBG dan hanya bertindak sebagai Penasihat
Persatuan.
12. Bilangan Ahli
Jawatankuasa PIBG di perenggan 9 (e) hendaklah antara 1 hingga 10 orang.
13. Bilangan
anggota Jawatankuasa PIBG di kalangan anggota Persatuan (bukan anggota guru di
SKSP) yang tidak mempunyai anak
di SKSP hendaklah tidak melebihi 1/5 daripada
keseluruhan bilangan anggota Jawatankuasa PIBG berkenaan.
14. Tertakluk
kepada perenggan 13 Perlembagaan ini dan Subperaturan 6(4) hingga 6(6) Peraturan-Peraturan
Pendidikan Daerah
(Persatuan Ibu Bapa dan Guru) 1998, Pegawai Pendidikan Daerah
atau Pegawai Pendidikan Bahagian (mengikut mana yang
berkenaan) boleh melantik
tidak lebih daripada 2 orang yang bukan anggota Persatuan untuk menjadi anggota
Jawatankuasa PIBG
setelah mendapat kelulusan bertulis Pendaftar.
15. Tempoh
memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG adalah selama satu tahun bermula dari
tarikh pelantikan sehingga tarikh
Mesyuarat Agung Tahunan pada satu tahun
berikutnya.
16. Jika berlaku
kekosongan jawatan dalam Jawatankuasa PIBG, Yang Di Pertua hendaklah melantik
mana-mana anggota biasa
Persatuan, berdasarkan undian terbanyak di kalangan
anggota Jawatankuasa PIBG, untuk mengisi kekosongan jawatan itu.
17. Jawatankuasa
PIBG hendaklah mengedarkan kepada anggota Persatuan senarai nama dan alamat
pemegang jawatan dalam
Jawatankuasa PIBG pada setiap tahun selewat-lewatnya 14
hari selepas tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.
Fungsi Jawatankuasa PIBG
18. Fungsi
Jawatankuasa PIBG ialah mengelola dan mengatur kegiatan Persatuan dan membuat
keputusan atas perkara-perkara yang
menyentuh perjalanan Persatuan, tanpa
bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan,
Perlembagaan ini dan Akta Pendidikan 1996 serta peraturan-peraturan yang dibuat
di bawahnya.
(i) Yang
Di-Pertua
- Menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa PIBG
dan Mesyuarat Agung Tahunan dan bertanggungjawab ke atas
kesempurnaan
perjalanan mesyuarat;
- Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani
minit-minit mesyuarat apabila telah diluluskan;
- Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran Persatuan serta
memastikan bahawa peruntukan Perlembagaan dipatuhi oleh semua
anggota
Persatuan;
- Sentiasa mematuhi segala peruntukan Perlembagaan dalam
menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertua;
- Boleh memanggil
mesyuarat Jawatankuasa PIBG pada bila-bila masa yang difikirkan perlu dengan
persetujuan Pengetua;
- Menandatangani cek
atau penyata pengeluaran wang Persatuan;
- Memastikan segala aktiviti
dan program Persatuan dilaksanakan dengan sempurna dan teratur; dan
- Mendapatkan nasihat mengenai pengurusan Persatuan dari masa
ke semasa daripada Pengetua selaku Penasihat Persatuan.
(ii) Naib Yang
Di-Pertua
-
Bertanggungjawab membantu Yang Di-Pertua dalam
menjalankan fungsi-fungsi Yang Di-Pertua; dan
-
Menjalankan tanggungjawab dan fungsi Yang Di-Pertua
semasa ketiadaan Yang Di-Pertua.
(iii) Setiausaha
-
Menjalankan urusan Persatuan mengikut Perlembagaan
Persatuan;
-
Melaksanakan
keputusan-keputusan Mesyuarat Agung Tahunan dan mesyuarat Jawatankuasa PIBG;
-
Mencatat,
menyedia dan menyimpan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat
Agung Tahunan;
-
Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan kepada
Mesyuarat Agung Tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya
-
Menandatangani
cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan, jika perlu.
(iv) Bendahari
-
Bertanggungjawab menguruskan dan mengawal hal ehwal
kewangan Persatuan dengan menyediakan dan menyimpan kira-kira yang dikemas kini. Penyata kira-kira bagi setiap tahun kewangan
(1 Januari hingga 31 Disember) hendaklah disiapkan sebelum 1 Februari tahun
berikutnya untuk diaudit. Penyata kira-kira
yang telah diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan. Satu salinan penyata yang telah diaudit dan
diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar
selepas Mesyuarat berkenaan;
-
Menguruskan perbelanjaan Persatuan seperti yang
diputuskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan atau mesyuarat Jawatankuasa PIBG;
-
Menyimpan wang tunai tidak melebihi sesuatu jumlah
yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persatuan pada sesuatu masa;
-
Menerima bagi pihak Persatuan semua derma atau
sumbangan daripada mana-mana anggota atau lain-lain sumber dan mengeluarkan
resit akuan penerimaan dan dikreditkan ke dalam akuan Persatuan pada hari yang
sama;
-
Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang
Persatuan; dan
- Memastikan tiada terlebih pengeluaran wang dari akaun
Persatuan dan akaun sentiasa berbaki kredit.
Lain – lain
jawatan
(v) Penasihat
Persatuan
- Pengetua
Sekolah adalah ex-officio Persatuan dan bertindak sebagai penasihat kepada
Jawatankuasa PIBG dan Persatuan
Antara tanggungjawab dan fungsi Pengetua
selaku penasihat adalah seperti berikut :-
- Menghadiri
mesyuarat Jawatankuasa PIBG, Mesyuarat Agung Tergempar, tetapi tidak boleh
mengundi;
- Mewakili pihak Jabatan Pendidikan Negeri
dan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengawal dan menasihati persatuan
supaya segala aktiviti, program, kegiatan dan keputusan yang dibuat dalam
mesyuarat-mesyuarat Persatuan tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan,
dasar-dasar Negara dan dasar-dasar
mengenai pelajaran dan pendidikan serta hal-hal
berkaitan dengan pentadbiran
sekolah;
- Berhak untuk menghentikan dan menangguhkan
mesyuarat Persatuan jika difikirkan wajar untuk kepentingan anggota
Persatuan;
- Meluluskan
semua agenda mesyuarat dan perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat
Jawatankuasa PIBG dan
Persatuan
- Memberi
penjelasan kepada sesuatu isu mengenai pengurusan dan perjalanan SKSP dan
akademik serta isu-isu yang berkaitan
dengannya dalam mesyuarat persatuan;
- Memastikan kegiatan Persatuan selari dengan
tujuan dan fungsi Persatuan;
- Memastikan
sumbangan anggota Persatuan yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan tidak
membebankan dan tidak
mengandungi sebarang unsur paksaan; dan
- Menentukan
tetamu kehormat dan para jemputan yang menghadiri sebarang majlis anjuran
Pesatuan dilayan mengikut
peraturan dan protokol yang ditetapkan oleh
Kementerian.
(vi) Juru
Audit Dalaman
-
Persatuan
hendaklah melantik 2 orang juru audit dalaman dari kalangan anggota Persatuan
yang tidak menjadi anggota Jawatankuasa PIBG pada Mesyuarat Agung Tahunan,
seorang daripada kalangan ibu bapa dan seorang lagi dari kalangan guru.
-
Tanggungjawab
juru audit dalaman adalah seperti berikut :-
(a) mengaudit
akaun Persatuan pada setiap akhir tahun kewangan; dan
(b) menjalankan
pengauditan secara berkala seperti mana yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung
Tahunan.
Kuorum
19. Kuorum
mesyuarat yang diadakan oleh Persatuan adalah seperti berikut :-
(i) Mesyuarat
Agung Tahunan – hendaklah tidak kurang daripada 3 kali jumlah bilangan anggota
Jawatankuasa PIBG; dan
(ii) Mesyuarat
Jawatankuasa PIBG – hendaklah tidak kurang 2/3 daripada jumlah bilangan anggota
Jawatankuasa PIBG.
Mesyuarat Agung Tahunan
20. Mesyuarat
Agung Tahunan hendaklah diadakan pada setiap tahun sebelum akhir bulan Mac.
21. Jika Mesyuarat
Agung Tahunan tidak diadakan sebelum akhir bulan Mac, Jawatankuasa PIBG
hendaklah mengemukakan alasan
dan tarikh yang dicadangkan kepada Pendaftar
melalui Pengetua, sebelum 31 Mac.
22. Notis tarikh
Mesyuarat Agung Tahunan diadakan hendaklah diberikan kepada anggota Persatuan selewat-lewatnya 14 hari
sebelum
tarikh Mesyuarat.
23. Sekiranya
kuorum untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan tidak mencukupi dalam tempoh 1
jam dari masa yang
ditetapkan, Mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan
Jawatankuasa PIBG hendaklah mengeluarkan notis bertulis kepada
anggota
Persatuan memaklumkan tarikh baru Mesyuarat Agung Tahunan dalam masa 30 hari
dari tarikh asal tersebut .
24. Agenda
Mesyuarat Agung Tahunan mengandungi perkara-perkara berikut:-
(i) Ucapan
Pengerusi;
(ii) Membentang
dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu;
(iii) Membentang
dan menerima Laporan Tahunan;
(iv) Membentang,
menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember tahun sebelumnya;
(v) Membahaskan
usul, jika ada;
(vi) Pemilihan
Jawatankuasa PIBG bagi tahun berkenaan (satu tahun sekali) ;
(vii) Pemilihan Juru
Audit Dalaman;
(viii) Ucapan
penangguhan; dan
(ix) Lain -lain hal.
25. Sebarang usul
bertulis hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa PIBG selewat-lewatnya 7 hari
sebelum tarikh Mesyuarat
Agung Tahunan diadakan. Jawatankuasa PIBG diberi kuasa untuk menapis
usul-usul yang dikemukakan sebelum diluluskan
untuk perbincangan dalam
Mesyuarat Agung Tahunan.
26. Mesyuarat
Agung Tahunan bertanggungjawab memilih pemegang-pemegang jawatan dalam
Jawatankuasa PIBG serta
menimbang lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan dan
kebajikan Persatuan. Pemilihan pemegang
jawatan hendaklah
dibuat seperti berikut :-
(i) anggota
yang dicalonkan untuk memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG hendaklah hadir
dalam Mesyuarat;
(ii) setiap
pencalonan hendaklah mempunyai pencadang dan penyokong; dan
(iii) pemilihan
hendaklah dijalankan secara undian bagi jawatan yang ditandingi. Calon yang mendapat undian terbanyak dipilih
menjawat jawatan yang dipertandingkan.
Mesyuarat Agung Tergempar
27. Mesyuarat
Agung Tergempar boleh diadakan dalam keadaan-keadaan berikut :-
(i) apabila
difikirkan perlu oleh Jawatankuasa PIBG;
(ii) atas
permintaan bertulis sekurang-kurangnya 1/5 daripada jumlah anggota
Persatuan; atau
(iii) atas arahan Pendaftar.
28. Mesyuarat
Agung Tergempar hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh
keputusan Jawatankuasa PIBG atau
tarikh penerimaan anggota Persatuan atau
tarikh arahan Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan.Notis bertulis mengenai
Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dikemukan kepada anggota Persatuan
selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh Mesyuarat
hendak diadakan.
29. Urusan
Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihadkan kepada tujuan Mesyuarat itu
diadakan.
Laporan Mesyuarat
30. Laporan
Mesyuarat Agung Tahunan bersama-sama Penyata Kira-Kira Kewangan Persatuan
hendaklah dihantar kepada Pendaftar
dan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah atau
Pegawai Pejabat Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan, dalam
tempoh
30 hari selepas tarikh Mesyuarat .
31. Laporan
Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai
Pejabat Pendidikan Daerah atau
Pegawai Pejabat Pendidikan Bahagian, mengikut
mana yang berkenaan, dalam tempoh 30 hari selepas tarikh Mesyuarat.
Mesyuarat Jawatankuasa PIBG
32. Jawatankuasa
PIBG hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali dalam tempoh satu tahun
persekolahan.
33. Notis
panggilan mesyuarat hendaklah diberikan kepada Jawatankuasa PIBG
selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh mesyuarat.
34. Yang
Di-Pertua, atau sekurang-kurangnya 3 orang anggota Jawatankuasa PIBG, boleh
memanggil mesyuarat Jawatankuasa PIBG
apabila difikirkan perlu dengan
persetujuan Penasihat.
35. Setiap anggota
Jawatankuasa PIBG yang tidak hadir mesyuarat sebanyak 2 kali tanpa sebab
hendaklah digugurkan
keanggotaannya dalam Jawatankuasa PIBG secara automatik
dan Yang Di-Pertua hendaklah mengemukakan notis bertulis kepada
anggota
berkenaan sebaik sahaja keputusan itu dibuat.
Punca-Punca Pendapatan Persatuan
36. Punca-punca
pendapatan Persatuan adalah daripada :-
(i) sumbangan
anggota Persatuan (anggota Persatuan tidak boleh dipaksa memberi apa-apa
sumbangan);
(ii) derma dan
sumbangan daripada individu, organisasi dan badan-badan lain; dan
(iii) pendapatan
yang diperolehi daripada aktiviti dan program anjuran Persatuan yang telah
mendapat kelulusan Pendaftar.
37. Jawatankuasa
PIBG hendaklah membuka suatu akaun dimana-mana bank tempatan yang berdaftar
atas nama Persatuan.
38. Sebarang wang
yang diterima atau diperolehi oleh Persatuan hendaklah dikreditkan ke dalam
akuan Persatuan pada hari wang
tersebut diterima atau diperolehi. Walau apapun
peruntukan tersebut, Bendahari boleh menyimpan wang tunai tidak melebihi
RM1,000.00 pada satu-satu masa.
Perbelanjaan Wang Persatuan
39. Jawatankuasa
PIBG diberi kuasa untuk membelanjakan wang Persatuan bagi perkara-perkara yang
mendatangkan faedah kepada
pelajar-pelajr SKSP yang tidak bercanggah dengan tujuan-tujuan
Persatuan.
40. Segala cek
atau kenyataan pengeluaran wang daripada akaun Persatuan hendaklah
ditandatangani oleh Yang DiPertua dan
Bendahari atau Setiausaha, semasa
ketiadaan Yang Di-Pertua.
41. Bendahari dan
Yang Di-Pertua hendaklah memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran wang dan
akaun Persatuan sentiasa
berbaki kredit .
42. Tahun kewangan
Persatuan bermula pada 1 Januari hingga 31 Disember tahun semasa. Penyimpanan Akaun Pendapatan dan
Perbelanjaan
43. Penyata
Kira-Kira Kewangan Persatuan yang telah diaudit hendaklah dibentangkan untuk
diterima dan diluluskan oleh anggota
Persatuan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
44. Satu salinan
Penyata Kira-Kira Kewangan yang telah diaudit serta diterima dan diluluskan
dalam Mesyuarat Agung Tahunan
hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai
Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang
berkenaan.
45. Pendaftar,
Pegawai Pendidikan Daerah, Pegawai Pendidikan Bahagian, Pengetu adalah
dibenarkan memeriksa akaun Persatuan
pada bila-bila masa.
Harta Amanah Persatuan
46. Persatuan
tidak boleh memegang apa-apa harta, sama ada harta alih atau harta tidak alih,
atas namanya sendiri . Apa-apa harta
yang, sebelum dari tarikh Perlembagaan ini
berkuat kuasa, diletakkan atas nama Persatuan hendaklah dialihkan kepada
Kerajaan
Malaysia, yang diwakili oleh SKSP, sebagai harta yang diamanahkan oleh
Persatuan untuk digunakan bagi faedah pelajar-pelajar
SKSP sahaja atau sebagaimana yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa PIBG dari semasa ke semasa.
47. Apa-apa harta
yang diamanahkan kepada SKSP tidak boleh dipinda milik atau dilupuskan dengan
apa cara sekalipun, melainkan
dengan persetujuan anggota Persatuan yang
diperolehi dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
Pindaan
Perlembagaan Persatuan
48. Sebarang
cadangan untuk meminda Perlembagaan Persatuan hendaklah dikemukakan kepada
Pendaftar, melalui Pengetua, untuk
kelulusan terlebih dahulu.
49. Cadangan
pindaan yang hendak dikemukakan kepada pendaftar hendaklah dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung Tahunan dan
dipersetujui oleh sekurang-kurangnya 2/3 daripada
anggota Persatuan yang hadir.
50. Pindaan kepada
Perlembagaan hanya berkuat kuasa mulai daripada tarikh pindaan diluluskan oleh Pendaftar.
51. Pendaftar
berhak meluluskan atau tidak meluluskan sebarang pindaan yang dicadangkan oleh
Persatuan.
Larangan
52. Persatuan
tidak boleh memperluaskan bidang kuasanya untuk merangkumi perkara-perkara yang
berkaitan dengan pentadbiran
dan pengurusan SKSP, guru, kakitangan dan pekerja
SKSP dan syarat-syarat perkhidmatan guru
dan kakitangan SKSP.
53. Persatuan
bukanlah suatu entiti undang-undang dan tidak mempunyai keupayaan juridikal
untukmembuat kontrak, perjanjian
atau memorandum persefahaman, atas namanya
sendiri. Apa-apa program dan aktiviti yang hendak dibuat oleh Persatuan yang
memerlukan apa-apa suratcara yang mengikat dari segi undang-undang hendaklah
dirujuk kepada Pendaftar, melalui Pengetua,
untuk kelulusan dan panduan.
54. Persatuan
tidak boleh menjadi forum atau jentera bagi menyelesaikan sebarang pertikaian
antara Persatuan dengan Pengetua,
Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Bahagian, Jabatan
Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan, Kerajaan Negeri
atau Kerajaan
Persekutuan.
55. Persatuan
tidak boleh bergabung dengan persatuan ibu bapa dan guru di sekolah-sekolah
lain, parti politik, kesatuan kerja,
pertubuhan bukan kerajaan atau lain-lain
organisasi, pertubuhan atau persatuan, sama ada yang ditubuhkan atau berdaftar
di
bawah mana-mana undang-undang bertulis atau tidak.
Tafsiran
56. Sebarang
kekeliruan atau pertikaian yang timbul daripada Perlembagaan ini hendaklah
dirujuk kepada Pendaftar melalui Pengetua.
Pembubaran
57. Persatuan
hanya boleh dibubarkan dalam keadaan berikut :
(i) atas arahan
bertulis daripada Pendaftar ; atau
(ii) SKSP
berhenti beroperasi.
58. Wang dalam
akaun Persatuan hendaklah digunakan sebagaimana yang ditetapkan oleh pendaftar
dan kegunaannya hendaklah bagi
memanfaatkan pendidikan kanak-kanak di kawasan
di mana Sekolah itu berada. Apa-apa harta alih dan tak alih yang telah
diamanahkan kepada Sekolah hendaklah dilupuskan mengikut cara yang ditetapkan
oleh Pendaftar.
59. Pengetua hendaklah memulangkan Sijil
Pendaftaran Persatuan kepada Pendaftar apabila Persatuan dibubarkan.
Perlembagaan Sekolah : Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong
Alamat Sekolah :
Sungai Pelong 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan
Nama Pengetua :